Nampaknya keadaan cuaca hari ini masih lagi mendung.. harap2 hujan tidak lah lebat sangat. Macam rasa terseksa selama beberapa hari ini, apa tidaknya hujan turun tidak henti..sejuk tak terkira.. walau macam mana pun, kehidupan tetap diteruskan. Keadaan seperti ini merupakan cabaran. Disinilah betapa pentingnya kemahiran untuk terus hidup. Kadang2 manusia ini pandai lupa, semasa hidup senang, segalanya dia lupa tetapi semasa mengalami kesusahan barulah sedar. Masa senang amat susah sekali mengucapkan rasa syukur pada apa yang diperolehi dan dialami tetapi semasa susah barulah teringat tetapi yang pertama hanyalah keluhan dan sumpah seranah. Betul kata DR M dulu...manusia ini muda lupa. Kancil sedia maklum dengan perangai manusia ni tapi taklah terfikir sangat ia sampai ke tahap yang kritikal...kenapa kancil cakap kritikal? Ia lah dah tahu setiap tahun kawasan tertentu mengalami banjir tetapi langsung tidak ada perubahan. Bila dia tanya bermacam alasan..... satu lagi yang kancil rasa sangat meluat hilang rasa hormat sesama manusia...Inilah yang sang kancil dengar dari kawan-kawan sekedai kopi. tak tau lah betul atau tidak, yang tahu empunya cerita saja.. kisah begini.. Dalam keadaan kelam kabut untuk mencari penempatan mangsa banjir...seorang hamba tuhan menghubungi seorang hamba tuhan untuk menyatakan tujuannya..dan dalam proese berbincangan itu..berlaku satu peristiwa yang menyakitkan hati hamba tuhan yang dihubungi...apa tidaknya, cara hamba tuhan yang menghubungi agak kasar percakapannya..macam marah dan tidak puas hati.. ini yang menyakitkan hati hamba tuhan yang dihubungi. katanya bukan tidak benarkan tetapi saya kena berbincang dengan orang2 tertentu,takut pula nanti saya disalahkan.. saya tahulah saya ketua pentadbir disini tetapi saya tidak boleh buat sesuka hati katanya....Orang yang meminta tolong tidak menghormati orang yang tempatnya minta tolong..hairan2, Kancil fahamlah dengan urgentnya perkara itu tetapi dalam apa keadaannya pun hormat itu mesti ada. Sikap kita seperti ini menunjukkan kelemahan diri kita.. Satu perkara lagi.. kenapa tidak ditentukan sedia pusat-pusat pemindahan itu? kenapa baru tercari-cari bila ada mangsa banjir? sepatutnya semua ini telah tersedia dan terurus...Ada yang satu kelemahan membuatkan sang kancil geram sangat... Dah lah mangsa-mangsa banjir ini dipindahkan secara mengejut, sampai dipusat pemindahan, kebajikan dari segi makan minum tidak terurus...ada yang didesak dulu baru air minuman dihantar itu pun lama baru sampai, kalau makan panas, tak tau jam berapa baru termakan...kesian betul.. ada yang terpaksa menahan kelaparan dalam kesejukan...sebenarnya banyak lagi kepincangan yang berlaku dalam operasi ini...sang kancil taklah mau salahkan sesiapa tetapi biarlah perkara2 seperti ini tidak berlaku lagi dan tidak berulang lagi...bukannya mangsa2 banjir ini minta dipindahkan tetapi dah terpaksa.....
Betul tu Sang Kancil, manusia tidak pernah belajar dari sejarah. Dah tahu setiap tahun beberapa kawasan di KM akan dilanda banjir, buatlah persiapan lebih awal. Buat perancangan agar mangsa banjir tidak menjadi mangsa pengurusan yang teruk. Ini tidak, waktu dah banjir barulah kelam-kabut. Lebih malang, orang yang dah sediakan tempat diherdik lagi...mungkin nak tunjuk kuasa, cakap kasar. Inikah pemimpin yang kita mahu? Kalau mahu dihormati, hormatilah dulu orang lain. Hukum rimba pun begitu, kan...sang Kancil.
BalasPadamYa kudingking..betul tu, Di kerajaan rimba, kalau tidak ada rasa hormat dengan yang layan dah kena lenyak..dah lah minta pertolongan buat hal lagi ..kononnya nak jadi pemimpin prihatilah tu tapi terlebih hinggakan lupa pasal sopan santun.. harap2 orang ini sedar asal usul dia..
BalasPadamdrg sibuk menyelamatkan negara luar, dlm negara sendiri, ntahlah mcm mana.
BalasPadamkadang2 bila kita berbicara mengikut perasaan membawa kepada hasil yang agak kurang berasas. apatah lagi kalau ia hanyuti dengan maklumat yang ditiup angin atau dilarutkan dengan kopi yang pekat. kita tidak tau perkara yang sebenar. mungkin ada fakta disebalik isu ini yang tidak kita tahu. apa pun, percayalah.. jika anda fikir anda waras, cuba fikirkan apa yang telah anda lakukan pada hari tersebut? berkhidmat atau hanya duduk di rumah saja.
BalasPadam