Isnin, 23 Februari 2009

TUTUR KATA KANCIL

Salam semua... rasa-rasanya agak lama juga kancil tidak membuat sebarang entri. Bukan apa saja nak tengok perkembangan alam buana ini... Dalam tahun 2009 ini, awal-awal lagi, banyak kejadian yang berlaku...tak sangka pula ye...macam manusia ni sudah bosan hidup tenang. Amat berbeza dengan warga rimba yang amat mencintai akan kedamaian.... Tahun 2009 sepatutnya adalah tahun yang sepatutnya menjadi tahun titik perubahan ke arah keamanan kerana pada tahun 2008 adalah tahun dimana semua orang berusaha mencari kekayaan, kejayaan dan kebanggaan diri dan pada tahun ini sepatutnya ia adalah tahun kedamaian, keamanan kerana 2009 adalah tahun untuk hidup kekal... tapi nilah lumrah hidup manusia...
Tahun ini, kancil melihat banyak berlaku kejadian yang berkaitan dengan kuasa... pertama, perubahan pemerintah di perak, kejadian gambar ahli politik, peralihan kepimpinan dalam parti politik dan juga kutuk mengutuk di kalangan ahli MP di Dewan Rakyat dan di luar Dewan.
Melihat kepada kejadian-kejadian ini, kancil terfikir, inikah manusia yang telah dijadikan sempurna sebaik mungkin berbanding dengan warga rimba....yang perlakuan mereka lebih buruk berbanding dengan perlakuan warga rimba. Warga rimba tidak mempunyi istilah kutuk mengutuk, hina menghina dan juga gila kuasa. Apa ada pada warga rimba hanya naluri untuk hidup. Kalau nak kata gila kuasa tak jugalah sebab dalam dunia rimba siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa tetapi harus ingat ...kuat-kuat pun ada lagi yang pintar....sebab sesetengah warga rimba diberi anugerah atau kelebihan dalam bentuk kepintaran dan bukannya kekuatan fizikal seperti saya......he...he...( biasalah masuk bakul angkat sendiri ).
Berbalik kepada Pernyataan tadi, manusia menjadi seperti ini kerana banyak faktor...antaranya yang paling jelas ialah keegoan dan ketamakan.. Mata hati manusia telah menjadi buta..buta kerana ringgit, buta kerana nafsu, buta kerana kuasa... minda mereka bukan lagi pada pada arah yang betul, minda mereka lebih kepada mencari kesalahan orang lain, menjatuhkan maruah orang lain dan menghancurkan kehidupan orang lain. Dengan kata lain... minda yang terpesong.
Nak kata itu adalah kebijaksanaan, itu adalah kewajiban atau itu adalah tanggungjawab ... tak sesuai juga... Sebabnya banyak maruah yang tergadai, banyak orang yang menjadi kambing hitam ( balik-balik guna warga rimba juga sebagai contoh ). So.. siapa sebenar yang betul di sini.. Si pemangsakah atau si mangsa.... Yang jelas... manusia sudah hilang pertimbangan. Memanglah kalau luaran nampak semua ok tetapi dalamannya.........tak tau lah... Sang Kancil fikirlah..kalaulah para manusia ini dapat berdiri lama di depan cermin besar dan bertanya akan dirinya sendiri pasti dia akan terkejut bila mendapat jawapannya....Sang kancil percaya jawapan itulah yang bakal mengubah persepsi mereka....... Sang kancil harap janganlah sampai manusia ini tidak kenal erti kasih sayang, hormat dan tolak ansur atau pun kehilangan nilai-nilai murni dalam dirinya........

Jumaat, 16 Januari 2009

BICARA SANG KANCIL

Nampaknya keadaan cuaca hari ini masih lagi mendung.. harap2 hujan tidak lah lebat sangat. Macam rasa terseksa selama beberapa hari ini, apa tidaknya hujan turun tidak henti..sejuk tak terkira.. walau macam mana pun, kehidupan tetap diteruskan. Keadaan seperti ini merupakan cabaran. Disinilah betapa pentingnya kemahiran untuk terus hidup. Kadang2 manusia ini pandai lupa, semasa hidup senang, segalanya dia lupa tetapi semasa mengalami kesusahan barulah sedar. Masa senang amat susah sekali mengucapkan rasa syukur pada apa yang diperolehi dan dialami tetapi semasa susah barulah teringat tetapi yang pertama hanyalah keluhan dan sumpah seranah. Betul kata DR M dulu...manusia ini muda lupa. Kancil sedia maklum dengan perangai manusia ni tapi taklah terfikir sangat ia sampai ke tahap yang kritikal...kenapa kancil cakap kritikal? Ia lah dah tahu setiap tahun kawasan tertentu mengalami banjir tetapi langsung tidak ada perubahan. Bila dia tanya bermacam alasan..... satu lagi yang kancil rasa sangat meluat hilang rasa hormat sesama manusia...Inilah yang sang kancil dengar dari kawan-kawan sekedai kopi. tak tau lah betul atau tidak, yang tahu empunya cerita saja.. kisah begini.. Dalam keadaan kelam kabut untuk mencari penempatan mangsa banjir...seorang hamba tuhan menghubungi seorang hamba tuhan untuk menyatakan tujuannya..dan dalam proese berbincangan itu..berlaku satu peristiwa yang menyakitkan hati hamba tuhan yang dihubungi...apa tidaknya, cara hamba tuhan yang menghubungi agak kasar percakapannya..macam marah dan tidak puas hati.. ini yang menyakitkan hati hamba tuhan yang dihubungi. katanya bukan tidak benarkan tetapi saya kena berbincang dengan orang2 tertentu,takut pula nanti saya disalahkan.. saya tahulah saya ketua pentadbir disini tetapi saya tidak boleh buat sesuka hati katanya....Orang yang meminta tolong tidak menghormati orang yang tempatnya minta tolong..hairan2, Kancil fahamlah dengan urgentnya perkara itu tetapi dalam apa keadaannya pun hormat itu mesti ada. Sikap kita seperti ini menunjukkan kelemahan diri kita.. Satu perkara lagi.. kenapa tidak ditentukan sedia pusat-pusat pemindahan itu? kenapa baru tercari-cari bila ada mangsa banjir? sepatutnya semua ini telah tersedia dan terurus...Ada yang satu kelemahan membuatkan sang kancil geram sangat... Dah lah mangsa-mangsa banjir ini dipindahkan secara mengejut, sampai dipusat pemindahan, kebajikan dari segi makan minum tidak terurus...ada yang didesak dulu baru air minuman dihantar itu pun lama baru sampai, kalau makan panas, tak tau jam berapa baru termakan...kesian betul.. ada yang terpaksa menahan kelaparan dalam kesejukan...sebenarnya banyak lagi kepincangan yang berlaku dalam operasi ini...sang kancil taklah mau salahkan sesiapa tetapi biarlah perkara2 seperti ini tidak berlaku lagi dan tidak berulang lagi...bukannya mangsa2 banjir ini minta dipindahkan tetapi dah terpaksa.....

Rabu, 14 Januari 2009

Catatan Sang Kancil 3

Sejak akhir2 ni keadaan cuaca tidak menentu. Kejap hujan lebat,kejap renyai,kejap banjir. Tak faham langsung dengan perubahan yang mendedak... Dalam keadaan yang sebingung ini,Kancil rasa baik pergi Pekan Goshen, minum guara panas lagi sedap. Jadi Kancil pun lepaklah di Restoran Bumiputra, sebenarnya mamak yang punya... Dalam diam, Sang kancil cuba-cuba pasang telinga,mana tau dapat apa-apa imformasi yang bole sang kancil blogkan...wah macam banyak ni.. tapi yang menarik perhatian sang kancil lebih kepada kisah banjir yang berlaku di sekitar pekan kota marudu. Seorang pakcik ni meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apa ba kerja mereka ni...parit depan mata pun tidak di bersihkan...bayangkan kalau parit itu terurus, pasti banjir dikawasan pekan ni tidak berlaku... ni bila ditanya...tunggu peruntukanlah...belum ditenderlah...macam2 lagi alasan, 10001 macam alasan..tau betul atau tidak...tengoklah keadaan pekan kita ni...macam tak terurus.... Sang Kancil tersenyum bila mendengar luahan pakcik ni. Sang Kancil teringat pula kisah bangau oh bangau. Betullah pula perangai manusia ni dah jadi macam tu... Kalau banjir pun, sang kancil tak lah kisah sangat sebab awal-awal lagi, sang bedal dah menyusun ajk pemantau banjir...ni yang sang kancil suka, sekali cakap terus buat.. Setiap masa laporan dihantar oleh sang helang..biasalah sang helang tak pandai duduk diam...suka terbang.. Sang belang pula telah mula membuat bancian tentang kawasan yang dilanda banjir. dia di bantu oleh sang bangau..ni yang risau ni sebab sang bangau ni mudah terpengaruh..harap sang belang bole jaga..berbalik kepada permasalah tadi...rasa-rasanya ia tidak berlaku kalau ada kesungguhan dalam tugas. Sang Kancil percaya yang setiap jabatan ada wawasannya tetapi wawasan itu tinggal wawasan kalau ia tidak dilaksanakan dengan betul dan sungguh-sungguh. Tidak perlulah belajar dari sang bangau...mengalihkan masalah kepada orang lain.. Kalau ada orang macam ni dalam kerajaan rimba pasti dah lama kena pecat...paling-paling kena kursus balik..manusia..manusia...

Isnin, 12 Januari 2009

kata sang kancil 5

Sang Kancil banyak minta maaf sebab blog ini tak hebat macam yang lain-lain. Sebenarnya sang kancil ni malas nak cari benda2 yang digunakan untuk melawakan blog. Apa yang penting bagi sang kancil adalah apa yang ingin sang kancil sampaikan.

Ahad, 11 Januari 2009

KATA SANG KANCIL 4

Sang kancil ini bukannya pandai sangat tapi kalau sekadar ulasan sikit-sikit tu bole juga... satu perkara yang sang kancil paling meluat..sikap suka mengata pasal orang lain... ni kalau tidak mengata pasal orang..tak sah. sepatutnya cermin dulu diri sendiri barulah mengata pasal orang. Itu pun kalau rasanya layak..kalau tak baik diam..

Jumaat, 9 Januari 2009

CATATAN SANG KANCIL 2

Sang Kancil mendapat jemputan untuk menghadiri satu mesyuarat penting. Mesyuarat ini merupakan satu perjumpaan atau perhimpunan bagi pemimpin dunia dan sang kancil dijemput atas kapasiti sebagai wakili kerajaan Rimba. Pada mulanya, sang kancil tidak mahu menerima jemputan tapi atas dasar rasa tanggugjawab terhadap bumi tercinta, sang kancil terima jemputan tersebut. Pemergian sang kancil juga adalah sebagai wakil kepada Raja Rimba, baginda tidak berapa sihat sebab kena demam selesema. Kata doktor mungkin selesema burung... ish...ish bahaya tu.. harap-harap bukan. Sang Kancil pergi bersama beberapa pegawai kerajaan Rimba dan juga pengawal.. Sang Belalang pasti ada..sebab orang kuat. Perjalanan ke tempat mesyuarat itu sangat lama hampir 16 jam. Nasib baik kami ikut pesawat jet, concorde. Pesawat ini merupakan pesawat penumpang yang pantas. Dipendekkan cerita, semasa mesyuarat berlangsung, ramai pemimpin dunia yang hadir.Masing-masing dengan gaya macho mereka. Sang kancil dengan sang belang sempoi saja.. Sang Kancil buat dono saja bila orang tengok sang kancil.. Banyak agenda yang di bincangkan. dari perkara ekonomi hingga ke masalah pemanas dunia.. Semua menyatakan pandangan masing-masing tapi sampai ke bahagian membuat keputusan,semua diam. tarik muka dua puluh sen. Inilah manusia kata sang belang berbisik kepada sang kancil.. kalau bercakap berjela-jela tapi kalau buat keputusan hangus... sang kancil diam saja tak bersuara. kemudian pengerusi minta sang kancil pula menyuarakan keputusannya.. kata sang kancil.. lihat kami yang kerdil ini,lihat kerajaan Rimba.. kami yang sekecil ini di minta untuk membuat keputusan kepada segala perbincangan kita. Mana negara yang mendabik dada mengatakan dialah penyelamat dunia..dialah penguatkuasa antarabangsa...mana dia..kata sang kancil, sepatutnya segala tindakan dan keputusan dibuat dalam mesyuarat atau perhimpunan seperti ini dan bukan keputusan sendiri... apa sudah jadi dengan persefahaman yang telah dibuat. Sang kancil meluahkan segalanya... sampai bila pun dunia tidak akan aman selagi ada manusia -manusia yang berfikiran seperti ini. Selagi ada manusia yang tidak mahu menerima pendapat orang lain,selagi itu kita tidak akan melihat dan merasai apa itu keamanan.. tiba-tiba seorang pemimpin berdiri dan menyampuk..hei..kancil, apa yang kamu tahu tentang keamanan.. kamu tinggal di rimba..Ya.. memang saya tinggal di rimba tapi pernahkah kamu dengar ada penghuni rimba yang berperang semata-mata untuk mendabik dada..tidak adakan.. pernahkah kamu dengar di rimba berlaku penyelewengan..tiadakan. Kami di kerajaan Rimba mengamal sikap berdikari dan kami akan bertindak apabila kami didahului.. itu cara survival kami..jadi jangan samakan kami dengan manusia.. sepatutnya manusialah yang berusaha untuk menjaga dan memperbaiki bumi ini sebab Tuhan telah memberikan kelebihan kepada manusia...kelebihan untuk berfikir. Kami buat apa yang telah ditentukan untuk kami...kata sang kancil. Pemimpin itu terus diam..Saya tidak dapat membuat keputusan bagi pihak manusia tapi saya boleh buat keputusan bagi pihak rimba.. yang kami akan tetap dengan pendirian kami untuk menjaga kerajaan rimba dan kalau sekiranya manusia tidak malu untuk meminta pertolongan kami,kami akan bantu..tetapi setakat yang kami rasa boleh.. lagi pun saya tidak begitu berminat dengan sifat dan sikap manusia ini... suka sangat bermusuh...merendah-rendahkan sesama sendiri dan paling teruk angkuh...kata sang kancil.. Sang kancil meninggalkan perhimpunan tersebut dengan meninggalkan banyak persoalan kepada pemimpin-pemimpin yang hadir...Sang kancil bukannya tidak hormat tetapi terpaksa balik kerana Raja rimba semakin nazak...entah sempat lagikah sang kancil berjumpa dengan Raja Rimba.

Kata Sang Kancil 4

Dalam tahun 2009 ini, sang kancil mengharapkan keadaan dunia ini berubah menjadi lebih baik berbanding tahun lalu.. tapi jangkaan sang kancil melesit, awal-awal dah bermacam-macam kejadian. Pelik tapi benar... sah manusia sangat suka dengan masalah.. Semalam Sang Kancil melepak di Pekan Gosen.. mula-mula ingat nak lepak di Rahaya tapi berubah angin. Jadi Sang Kancil pun lepaklah kat Izatty.. Siap minta jus..Wow! bestnya, tempat jus besar. Silap-silap tidak habis ni.. sedang asyik minum sambil layan rokok, masuk sekumpulan orang... sang kancil tak lah ambil peduli sangat.. jarak meja sang kancil dengan mereka satu meja jadi bolehlah dengar apa yang mereka bualkan... isi perbualan tak berapa jelas tetapi apa yang menarik, ada kaitan dengan masalah keluarga.. Sang Kancil hanya memasang telinga saja.. Teruk betullah dia tu... dah ada laki pun masih nak menggatal dengan orang lain. Kalau aku dah lama aku ceraikan.. Adakah patut dia buat mcm tu.. kalau da nak sangat dengan orang tu, bagitau saja. pigi ketua kampung, cerai...antara dialog yang sang kancil dengar..macam agar berat juga masalah ini.. kau kenalkah laki dia tu.. kenal gitu saja tak lah rapat sangat tapi yang perempuan tu kenal. tu yang saya malu tu... semalam isteri saya tanya betulkah cerita yang saya dengar tu? tak tau nak jawab. buat malu saja.. kau cuba bagitau c kawan tu...cerita semua yang kau tau dan nampak..bukannya nak batu api tapi simpati, biar cerai saja.. itu isteri dia bukannya lawa sangat..banyak lagi yang lawa... geram betul.. Sang Kancil hampir-hampir nak menyampuk tapi tahan saja.. macam ceritanya perempuan yang main kayu tiga.. dahsyat juga. Lama suda kah ni cerita.. lama juga dah hampir setahun.. jadi tu laki dia tidak tahu.. tidak mungkin. jahat kah ni laki dia ni..sampai dia buat macam tu.. itu yang tidak pasti tapi setakat yang saya tau laki dia ni kira baik juga... tak tau lah... Sanggup juga orang tu buat macam tu.. Pasangan tu perempuan kau kenal... kenal dan pernah nampak mereka sama-sama.. tu yang buat saya marah tu.. kalau tak ada laki tak apa tapi ni masih ada laki. orang lain payah-payah jaga laki,jaga keluarga tapi dia.. teruk.Sang Kancil tidak sangka yang ada juga kejadian yang pada pada sang kancil tidak berlaku sepatutnya. Inilah manusia tidak cukup dengan apa yang sudah ada... masih nak mencari lagi. Sepatutnya jangan kahwin dulu kalau sekiranya masih nak enjoy.. jangan rosakkan diri, hanya kerana janji-janji yang belum pasti dipenuhi... Sang Kancil tidaklah memihak kepada mana-mana tapi nasihat sang kancil, berfikirlah dengan sebaiknya..jangan nanti yang di kejar tak dapat yang digendong berciciran dan disangka berlian rupa-rupanya kaca biasa malah kaca gred rendah.. biarlah janji untuk bersama itu dibawa sepanjang hayat..Sang Kancil pun meninggalkan tempat itu dengan bermacam-macam persoalan... kalau lama sang kancil duduk,mungkin lama-lama boleh juga tanya tapi rasanya lebih baik sang kancil jalan sebab cerita-cerita seperti ini membuatkan sang kancil tidak dapat kawal diri. pantang bagi sang kancil untuk tidak membalas...ni yang buat sang kancil marah.