Rabu, 14 Januari 2009

Catatan Sang Kancil 3

Sejak akhir2 ni keadaan cuaca tidak menentu. Kejap hujan lebat,kejap renyai,kejap banjir. Tak faham langsung dengan perubahan yang mendedak... Dalam keadaan yang sebingung ini,Kancil rasa baik pergi Pekan Goshen, minum guara panas lagi sedap. Jadi Kancil pun lepaklah di Restoran Bumiputra, sebenarnya mamak yang punya... Dalam diam, Sang kancil cuba-cuba pasang telinga,mana tau dapat apa-apa imformasi yang bole sang kancil blogkan...wah macam banyak ni.. tapi yang menarik perhatian sang kancil lebih kepada kisah banjir yang berlaku di sekitar pekan kota marudu. Seorang pakcik ni meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apa ba kerja mereka ni...parit depan mata pun tidak di bersihkan...bayangkan kalau parit itu terurus, pasti banjir dikawasan pekan ni tidak berlaku... ni bila ditanya...tunggu peruntukanlah...belum ditenderlah...macam2 lagi alasan, 10001 macam alasan..tau betul atau tidak...tengoklah keadaan pekan kita ni...macam tak terurus.... Sang Kancil tersenyum bila mendengar luahan pakcik ni. Sang Kancil teringat pula kisah bangau oh bangau. Betullah pula perangai manusia ni dah jadi macam tu... Kalau banjir pun, sang kancil tak lah kisah sangat sebab awal-awal lagi, sang bedal dah menyusun ajk pemantau banjir...ni yang sang kancil suka, sekali cakap terus buat.. Setiap masa laporan dihantar oleh sang helang..biasalah sang helang tak pandai duduk diam...suka terbang.. Sang belang pula telah mula membuat bancian tentang kawasan yang dilanda banjir. dia di bantu oleh sang bangau..ni yang risau ni sebab sang bangau ni mudah terpengaruh..harap sang belang bole jaga..berbalik kepada permasalah tadi...rasa-rasanya ia tidak berlaku kalau ada kesungguhan dalam tugas. Sang Kancil percaya yang setiap jabatan ada wawasannya tetapi wawasan itu tinggal wawasan kalau ia tidak dilaksanakan dengan betul dan sungguh-sungguh. Tidak perlulah belajar dari sang bangau...mengalihkan masalah kepada orang lain.. Kalau ada orang macam ni dalam kerajaan rimba pasti dah lama kena pecat...paling-paling kena kursus balik..manusia..manusia...

2 ulasan:

  1. Keupayaan melakukan tugas merupakan bukti kepada kejujuran dan menunjukkan insan itu bahagai dan ceria,

    BalasPadam
  2. Kejujuran menjalankan tugas yang tidak telus semakin jelas semasa banjir. Sekiranya Individu berkenaan menjalankan tugas dengan baik dan mempunyai visi memajukan kota marudu, bencana alam seperti banjir tidak merisaukan kita semua.

    kelalaian dan kelemahan seperti itu perlu dibenteras dan tidak mengharapkan surupu datang memberi nasihat.

    BalasPadam