Jumaat, 16 Januari 2009

BICARA SANG KANCIL

Nampaknya keadaan cuaca hari ini masih lagi mendung.. harap2 hujan tidak lah lebat sangat. Macam rasa terseksa selama beberapa hari ini, apa tidaknya hujan turun tidak henti..sejuk tak terkira.. walau macam mana pun, kehidupan tetap diteruskan. Keadaan seperti ini merupakan cabaran. Disinilah betapa pentingnya kemahiran untuk terus hidup. Kadang2 manusia ini pandai lupa, semasa hidup senang, segalanya dia lupa tetapi semasa mengalami kesusahan barulah sedar. Masa senang amat susah sekali mengucapkan rasa syukur pada apa yang diperolehi dan dialami tetapi semasa susah barulah teringat tetapi yang pertama hanyalah keluhan dan sumpah seranah. Betul kata DR M dulu...manusia ini muda lupa. Kancil sedia maklum dengan perangai manusia ni tapi taklah terfikir sangat ia sampai ke tahap yang kritikal...kenapa kancil cakap kritikal? Ia lah dah tahu setiap tahun kawasan tertentu mengalami banjir tetapi langsung tidak ada perubahan. Bila dia tanya bermacam alasan..... satu lagi yang kancil rasa sangat meluat hilang rasa hormat sesama manusia...Inilah yang sang kancil dengar dari kawan-kawan sekedai kopi. tak tau lah betul atau tidak, yang tahu empunya cerita saja.. kisah begini.. Dalam keadaan kelam kabut untuk mencari penempatan mangsa banjir...seorang hamba tuhan menghubungi seorang hamba tuhan untuk menyatakan tujuannya..dan dalam proese berbincangan itu..berlaku satu peristiwa yang menyakitkan hati hamba tuhan yang dihubungi...apa tidaknya, cara hamba tuhan yang menghubungi agak kasar percakapannya..macam marah dan tidak puas hati.. ini yang menyakitkan hati hamba tuhan yang dihubungi. katanya bukan tidak benarkan tetapi saya kena berbincang dengan orang2 tertentu,takut pula nanti saya disalahkan.. saya tahulah saya ketua pentadbir disini tetapi saya tidak boleh buat sesuka hati katanya....Orang yang meminta tolong tidak menghormati orang yang tempatnya minta tolong..hairan2, Kancil fahamlah dengan urgentnya perkara itu tetapi dalam apa keadaannya pun hormat itu mesti ada. Sikap kita seperti ini menunjukkan kelemahan diri kita.. Satu perkara lagi.. kenapa tidak ditentukan sedia pusat-pusat pemindahan itu? kenapa baru tercari-cari bila ada mangsa banjir? sepatutnya semua ini telah tersedia dan terurus...Ada yang satu kelemahan membuatkan sang kancil geram sangat... Dah lah mangsa-mangsa banjir ini dipindahkan secara mengejut, sampai dipusat pemindahan, kebajikan dari segi makan minum tidak terurus...ada yang didesak dulu baru air minuman dihantar itu pun lama baru sampai, kalau makan panas, tak tau jam berapa baru termakan...kesian betul.. ada yang terpaksa menahan kelaparan dalam kesejukan...sebenarnya banyak lagi kepincangan yang berlaku dalam operasi ini...sang kancil taklah mau salahkan sesiapa tetapi biarlah perkara2 seperti ini tidak berlaku lagi dan tidak berulang lagi...bukannya mangsa2 banjir ini minta dipindahkan tetapi dah terpaksa.....

Rabu, 14 Januari 2009

Catatan Sang Kancil 3

Sejak akhir2 ni keadaan cuaca tidak menentu. Kejap hujan lebat,kejap renyai,kejap banjir. Tak faham langsung dengan perubahan yang mendedak... Dalam keadaan yang sebingung ini,Kancil rasa baik pergi Pekan Goshen, minum guara panas lagi sedap. Jadi Kancil pun lepaklah di Restoran Bumiputra, sebenarnya mamak yang punya... Dalam diam, Sang kancil cuba-cuba pasang telinga,mana tau dapat apa-apa imformasi yang bole sang kancil blogkan...wah macam banyak ni.. tapi yang menarik perhatian sang kancil lebih kepada kisah banjir yang berlaku di sekitar pekan kota marudu. Seorang pakcik ni meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apa ba kerja mereka ni...parit depan mata pun tidak di bersihkan...bayangkan kalau parit itu terurus, pasti banjir dikawasan pekan ni tidak berlaku... ni bila ditanya...tunggu peruntukanlah...belum ditenderlah...macam2 lagi alasan, 10001 macam alasan..tau betul atau tidak...tengoklah keadaan pekan kita ni...macam tak terurus.... Sang Kancil tersenyum bila mendengar luahan pakcik ni. Sang Kancil teringat pula kisah bangau oh bangau. Betullah pula perangai manusia ni dah jadi macam tu... Kalau banjir pun, sang kancil tak lah kisah sangat sebab awal-awal lagi, sang bedal dah menyusun ajk pemantau banjir...ni yang sang kancil suka, sekali cakap terus buat.. Setiap masa laporan dihantar oleh sang helang..biasalah sang helang tak pandai duduk diam...suka terbang.. Sang belang pula telah mula membuat bancian tentang kawasan yang dilanda banjir. dia di bantu oleh sang bangau..ni yang risau ni sebab sang bangau ni mudah terpengaruh..harap sang belang bole jaga..berbalik kepada permasalah tadi...rasa-rasanya ia tidak berlaku kalau ada kesungguhan dalam tugas. Sang Kancil percaya yang setiap jabatan ada wawasannya tetapi wawasan itu tinggal wawasan kalau ia tidak dilaksanakan dengan betul dan sungguh-sungguh. Tidak perlulah belajar dari sang bangau...mengalihkan masalah kepada orang lain.. Kalau ada orang macam ni dalam kerajaan rimba pasti dah lama kena pecat...paling-paling kena kursus balik..manusia..manusia...

Isnin, 12 Januari 2009

kata sang kancil 5

Sang Kancil banyak minta maaf sebab blog ini tak hebat macam yang lain-lain. Sebenarnya sang kancil ni malas nak cari benda2 yang digunakan untuk melawakan blog. Apa yang penting bagi sang kancil adalah apa yang ingin sang kancil sampaikan.

Ahad, 11 Januari 2009

KATA SANG KANCIL 4

Sang kancil ini bukannya pandai sangat tapi kalau sekadar ulasan sikit-sikit tu bole juga... satu perkara yang sang kancil paling meluat..sikap suka mengata pasal orang lain... ni kalau tidak mengata pasal orang..tak sah. sepatutnya cermin dulu diri sendiri barulah mengata pasal orang. Itu pun kalau rasanya layak..kalau tak baik diam..

Jumaat, 9 Januari 2009

CATATAN SANG KANCIL 2

Sang Kancil mendapat jemputan untuk menghadiri satu mesyuarat penting. Mesyuarat ini merupakan satu perjumpaan atau perhimpunan bagi pemimpin dunia dan sang kancil dijemput atas kapasiti sebagai wakili kerajaan Rimba. Pada mulanya, sang kancil tidak mahu menerima jemputan tapi atas dasar rasa tanggugjawab terhadap bumi tercinta, sang kancil terima jemputan tersebut. Pemergian sang kancil juga adalah sebagai wakil kepada Raja Rimba, baginda tidak berapa sihat sebab kena demam selesema. Kata doktor mungkin selesema burung... ish...ish bahaya tu.. harap-harap bukan. Sang Kancil pergi bersama beberapa pegawai kerajaan Rimba dan juga pengawal.. Sang Belalang pasti ada..sebab orang kuat. Perjalanan ke tempat mesyuarat itu sangat lama hampir 16 jam. Nasib baik kami ikut pesawat jet, concorde. Pesawat ini merupakan pesawat penumpang yang pantas. Dipendekkan cerita, semasa mesyuarat berlangsung, ramai pemimpin dunia yang hadir.Masing-masing dengan gaya macho mereka. Sang kancil dengan sang belang sempoi saja.. Sang Kancil buat dono saja bila orang tengok sang kancil.. Banyak agenda yang di bincangkan. dari perkara ekonomi hingga ke masalah pemanas dunia.. Semua menyatakan pandangan masing-masing tapi sampai ke bahagian membuat keputusan,semua diam. tarik muka dua puluh sen. Inilah manusia kata sang belang berbisik kepada sang kancil.. kalau bercakap berjela-jela tapi kalau buat keputusan hangus... sang kancil diam saja tak bersuara. kemudian pengerusi minta sang kancil pula menyuarakan keputusannya.. kata sang kancil.. lihat kami yang kerdil ini,lihat kerajaan Rimba.. kami yang sekecil ini di minta untuk membuat keputusan kepada segala perbincangan kita. Mana negara yang mendabik dada mengatakan dialah penyelamat dunia..dialah penguatkuasa antarabangsa...mana dia..kata sang kancil, sepatutnya segala tindakan dan keputusan dibuat dalam mesyuarat atau perhimpunan seperti ini dan bukan keputusan sendiri... apa sudah jadi dengan persefahaman yang telah dibuat. Sang kancil meluahkan segalanya... sampai bila pun dunia tidak akan aman selagi ada manusia -manusia yang berfikiran seperti ini. Selagi ada manusia yang tidak mahu menerima pendapat orang lain,selagi itu kita tidak akan melihat dan merasai apa itu keamanan.. tiba-tiba seorang pemimpin berdiri dan menyampuk..hei..kancil, apa yang kamu tahu tentang keamanan.. kamu tinggal di rimba..Ya.. memang saya tinggal di rimba tapi pernahkah kamu dengar ada penghuni rimba yang berperang semata-mata untuk mendabik dada..tidak adakan.. pernahkah kamu dengar di rimba berlaku penyelewengan..tiadakan. Kami di kerajaan Rimba mengamal sikap berdikari dan kami akan bertindak apabila kami didahului.. itu cara survival kami..jadi jangan samakan kami dengan manusia.. sepatutnya manusialah yang berusaha untuk menjaga dan memperbaiki bumi ini sebab Tuhan telah memberikan kelebihan kepada manusia...kelebihan untuk berfikir. Kami buat apa yang telah ditentukan untuk kami...kata sang kancil. Pemimpin itu terus diam..Saya tidak dapat membuat keputusan bagi pihak manusia tapi saya boleh buat keputusan bagi pihak rimba.. yang kami akan tetap dengan pendirian kami untuk menjaga kerajaan rimba dan kalau sekiranya manusia tidak malu untuk meminta pertolongan kami,kami akan bantu..tetapi setakat yang kami rasa boleh.. lagi pun saya tidak begitu berminat dengan sifat dan sikap manusia ini... suka sangat bermusuh...merendah-rendahkan sesama sendiri dan paling teruk angkuh...kata sang kancil.. Sang kancil meninggalkan perhimpunan tersebut dengan meninggalkan banyak persoalan kepada pemimpin-pemimpin yang hadir...Sang kancil bukannya tidak hormat tetapi terpaksa balik kerana Raja rimba semakin nazak...entah sempat lagikah sang kancil berjumpa dengan Raja Rimba.

Kata Sang Kancil 4

Dalam tahun 2009 ini, sang kancil mengharapkan keadaan dunia ini berubah menjadi lebih baik berbanding tahun lalu.. tapi jangkaan sang kancil melesit, awal-awal dah bermacam-macam kejadian. Pelik tapi benar... sah manusia sangat suka dengan masalah.. Semalam Sang Kancil melepak di Pekan Gosen.. mula-mula ingat nak lepak di Rahaya tapi berubah angin. Jadi Sang Kancil pun lepaklah kat Izatty.. Siap minta jus..Wow! bestnya, tempat jus besar. Silap-silap tidak habis ni.. sedang asyik minum sambil layan rokok, masuk sekumpulan orang... sang kancil tak lah ambil peduli sangat.. jarak meja sang kancil dengan mereka satu meja jadi bolehlah dengar apa yang mereka bualkan... isi perbualan tak berapa jelas tetapi apa yang menarik, ada kaitan dengan masalah keluarga.. Sang Kancil hanya memasang telinga saja.. Teruk betullah dia tu... dah ada laki pun masih nak menggatal dengan orang lain. Kalau aku dah lama aku ceraikan.. Adakah patut dia buat mcm tu.. kalau da nak sangat dengan orang tu, bagitau saja. pigi ketua kampung, cerai...antara dialog yang sang kancil dengar..macam agar berat juga masalah ini.. kau kenalkah laki dia tu.. kenal gitu saja tak lah rapat sangat tapi yang perempuan tu kenal. tu yang saya malu tu... semalam isteri saya tanya betulkah cerita yang saya dengar tu? tak tau nak jawab. buat malu saja.. kau cuba bagitau c kawan tu...cerita semua yang kau tau dan nampak..bukannya nak batu api tapi simpati, biar cerai saja.. itu isteri dia bukannya lawa sangat..banyak lagi yang lawa... geram betul.. Sang Kancil hampir-hampir nak menyampuk tapi tahan saja.. macam ceritanya perempuan yang main kayu tiga.. dahsyat juga. Lama suda kah ni cerita.. lama juga dah hampir setahun.. jadi tu laki dia tidak tahu.. tidak mungkin. jahat kah ni laki dia ni..sampai dia buat macam tu.. itu yang tidak pasti tapi setakat yang saya tau laki dia ni kira baik juga... tak tau lah... Sanggup juga orang tu buat macam tu.. Pasangan tu perempuan kau kenal... kenal dan pernah nampak mereka sama-sama.. tu yang buat saya marah tu.. kalau tak ada laki tak apa tapi ni masih ada laki. orang lain payah-payah jaga laki,jaga keluarga tapi dia.. teruk.Sang Kancil tidak sangka yang ada juga kejadian yang pada pada sang kancil tidak berlaku sepatutnya. Inilah manusia tidak cukup dengan apa yang sudah ada... masih nak mencari lagi. Sepatutnya jangan kahwin dulu kalau sekiranya masih nak enjoy.. jangan rosakkan diri, hanya kerana janji-janji yang belum pasti dipenuhi... Sang Kancil tidaklah memihak kepada mana-mana tapi nasihat sang kancil, berfikirlah dengan sebaiknya..jangan nanti yang di kejar tak dapat yang digendong berciciran dan disangka berlian rupa-rupanya kaca biasa malah kaca gred rendah.. biarlah janji untuk bersama itu dibawa sepanjang hayat..Sang Kancil pun meninggalkan tempat itu dengan bermacam-macam persoalan... kalau lama sang kancil duduk,mungkin lama-lama boleh juga tanya tapi rasanya lebih baik sang kancil jalan sebab cerita-cerita seperti ini membuatkan sang kancil tidak dapat kawal diri. pantang bagi sang kancil untuk tidak membalas...ni yang buat sang kancil marah.

Catatan Sang Kancil : Lelaki vs Wanita= sama saja.

Sang Kancil harian dengan sesetengah orang yang amat suka membandingkan dua jantina ini. Dah memang pun itulah yang azalinya tetapi masih ada yang tidak puas hati.. Nak kata lelaki ini merupakan punca kepada setiap kekecewaan wanita, tak juga dan sebaliknya nak kata wanita, pun sama tak juga. Sang Kancil tak faham betullah, manusia ini saling tuduh menuduh. saling tidak puas hati... Sebaiknya biarlah kita lihat sesuatu itu dengan mata hati kita dan bukannya dengan mata nafsu. Setiap yang kita andaikan biarlah diteliti. Nanti malu pula kalau apa yang kita katakan itu berbalik kepada kita..Manusia sepatutnya merasa bersyukur kerana dicipta dengan sesempurnanya tidak sama dengan Sang Kancil.. tergolong dalam kumpulan haiwan..tapi syukur kerana ada kebijaksanaan. Itu saja kelebihan sang kancil.. hee..heee dan kalau nak kutuk sesama manusia pun, kutuklah...jgan kutuk sang kancil... wacha..

Rabu, 7 Januari 2009

Catatan Sang Kancil

Dalam perjalanan pulang petang tadi,keadaan sesak di depan SMK Kota Marudu. Agak lama baru dapat meneruskan perjalanan kerana terpaksa berhati-hati. Dalam keadaan yang sesak seperti ini tolak ansur berperanan penting. Memang Sang Kancil nak cepat pulang, tapi terhalang oleh kesesakan lalulintas. Ikut hati ,Sang Kancil kira nak gerodok saja tapi ....tak jadi. Sang Kancil fikir, dalam keadaan seperti itu kita kena bertolak ansur,baru perjalanan itu lancar.Sang Kancil terfikir, beginilah mungkin keadaan pemikiran setiap manusia di dunia ini. Masing-masing berlumba, mengejar sesuatu, sehingga boleh lupa diri. Keadaan yang bercelaru seperti itu membuat manusia hilang pertimbangan. Manusia menjadi alpa, lupa kepada tujuan sebenarnya kelahirannya. Manusia yang dicipta oleh Tuhan, yang paling sempura antara semua ciptaannya menjadi yang pertama melanggar perjanjian tersebut. Manusia cuba menjadi tuan kepada manusia lain, yang paling dahsyat, mencipta manusia klon... sangat jauh manusia ini jatuh. Sang Kancil tidak mampu untuk memikirkannya kerana perangai manusia ini sering berubah dan juga Sang Kancil tidak mau menghakimi kerana kelak nanti Sang Kancil sendiri pun akan di adili. Lebih baik Sang Kancil fikirkan apa yang Sang Kancil ingin lakukan malam ini...rasa-rasanya Sang Kancil nak enjoy dululah....round pekan Goshen. Hanya Sang Kancil saja yang dapat menilai kelebihan Pekan Goshen pada waktu malam... Ia seperti a town full with the nite life... Kegelapan malam yang dirindui oleh Sang Pungguk... yang baru-baru ini bersara dari pasukan elite Rimba Alam..wacha...

Sang Kancil berkata 4

Pagi tadi semasa Sang Kancil dalam perjalanan ke tempat bertugas, Sang Kancil sempat singgah minum di restoran rahaya. Ramai yang singgah bersarapan disana. Kelihatanyang mereka rancak berbincang dari kisah yang berkaitan dengan tugas seharian hinggalah ke cerita percerobohan Israel. Semua menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kejam Israel. Rata-rata membenci kekejaman. Sang Kancil hanya tersenyum sendirian,tak laratlah nak campur sebab takut nanti tak boleh kawal diri pula. Macam terasa berada di kalangan pemimpin dunia pula ni fikir sang kancil. Ialah macam-macam pendapat. Sang Kancil teringat kalau sekiranya pemimpin Israel ada disitu rasanya gegar lutut dia,pasti tidak terkata-kata. Alangkah baiknya kalau para pemimpin dunia dapat berkumpul seperti ini, membincangkan setiap langkah penyelesaian dan juga pencegahan. Sang Kancil merasa sangat senang kerana tinggal di negara yang tidak perlu risau tentang keselamatan. Masih lagi dapat minum kopi di waktu pagi. Aman...aman...negaraku.. sebaik Sang kancil meninggalkan restoran, Hp berbunyi rupa-rupanya Sang Bedal telefon, betulkah nak hantar pasukan Rimba ke Tebing Gaza. Lah nampaknya Sang Bedal terbaca tulisan Sang Kancil dalam blog. Postpond dululah,belum ada kebenaran dari atasan kata Sang Kancil... Bersemangat benar Sang Bedal ini fikir Sang Kancil..... Sang Kancil meninggalkan tempat itu dengan senang hati....

Selasa, 6 Januari 2009

KATA SANG KANCIL 3

Kenapalah manusia sibuk bercerita tentang perang di Tebing Gaza? Kenapa berdebat siapa yang salah? Siapa yang memulakan? Kenapa tidak mencari formula untuk mencegahnya supaya tidak berulang lagi. Banyak lagi masalah dunia yang belum di selesaikan. Lebih baik manusia-manusia ini berkumpul dan membincangkan cara untuk mengatasi masalah global. Kejadian di Tebing Gaza itu hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin mereka sendiri. Orang luar tak perlu campurtangan. Kalau mau juga,sang kancil sanggup menghantar pasukan rimba sang kancil untuk menyerang kedua-duanya. Biar mereka tahu ada pasukan rimba yang gagah, yang diketuai oleh jeneral sang belang, ini pasukan darat, kalau laut, diketuai oleh admiral sang bedal. udara tak payahlah sebab mereka tengah sibuk memerhati keadaan alam. Sang Kancil tak lah ambil penduli sangat tetapi sekali sekala, manusia yang suka berperang ini perlu diberi pengajaran....

Isnin, 5 Januari 2009

kATA SANG KANCIL 2

Kenapa masih ada manusia yang berpura-pura tidak bertamadun dalam pemikiran mereka? Kenapa masih cuba mencari kesalahan orang lain?. Kenapa masih cuba untuk menyalahkan orang lain sedang jelas kesalahan itu bukan berpunca dari orang tersebut. Sikit-sikit ada juga kaitannya.. Itulah kata-kata yang sering diungkapkan. Kenapa tidak saja disimpan kata-kata itu. Apabila kata-kata itu kedengaran sebenarnya ia akan menampak kelemahan diri orang itu. Sangat sukar untuk memahami budaya manusia ini....

KATA-KATA SANG KANCIL

AKU KECIL TAPI MAMPU UNTUK MENGALAH MEREKA YANG BESAR.
AKU MENGALAHKAN MEREKA BUKAN DENGAN KEKUATAN FIZIKAL,
TETAPI DENGAN KEBIJAKSANAANKU.
SANG BELANG YANG GARANG TUNDUK DENGAN AKU.
SANG BEDAL YANG GANAS PUN TEWAS DENGAN AKU.
DARI DULU HINGGA SEKARANG AKU MASIH MAMPU BERMEGAH,
AKU MASIH BERANI MEMECUT LAJU DICELAH-CELAH KESIBUKAN KOTA.
MEREKA KATA AKU AKAN JADI MANGSA,
TAPI LIHAT BERAPA RAMAI KAMI DI JALAN RAYA.
AKU TIDAK MENYUSAHKAN TUAN KU,
AKU MINUM SEDIKIT SAJA UNTUK PERJALANAN JAUH.
AKU MASIH BOLEH BERGAYA,MEREKA KATA AKU HEBAT DAN ELEGAN.
ITU KATA MEREKA.
YANG PASTI AKU MASIH LAGI PEMENANG.........